WhatsApp Ialah Aplikasi Pemesejan Paling Popular Di Dunia

WhatsApp Ialah Aplikasi Pemesejan Paling Popular Di Dunia

Diterbitkan pada Mei 26, 2016 oleh .

Kewujudan aplikasi pemesejan menyebabkan ramai tidak lagi menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada peranti mereka. Pada peranti milik kami, singkatan untuk menghantar SMS langsung tidak ada pada muka hadapan. Aplikasi pemesejan wajib dimuat turun pada peranti kerana ia lebih murah, pantas dan boleh melakukan lebih banyak perkara (termasuk melakukan panggilan telefon).

aplikasi pemesejan popular dunia negara 3Apakah aplikasi pemesejan paling popular di pasaran sekarang? Menurut data dari Similar Web, WhatsApp ialah yang paling popular dengan pegangan 55.6% jumlah pengguna. Ini diikuti pula oleh Facebook Messenger, Viber, Line dan WeChat. WhatsApp ialah aplikasi paling popular di 109 daripada 187 negara yang dikaji oleh Similar Web.

Di rantau Asia Tenggara WhatsApp menjadi pilihan nombor satu rakyat Malaysia, Singapura, Laos dan Brunei. Facebook Messenger menjadi pilihan utama penduduk Filipina dan Kemboja. Line paling popular di Thailand manakala Viber popular di Myanmar. Tidak mengejutkan BBM ialah aplikasi pemesejan paling popular di Indonesia dengan 84% peranti Android di negara ini menggunakan aplikasi ini.

aplikasi pemesejan popular dunia negara 2


TIPS & ULASAN