Carian
Bas Bergerak Di Atas Kereta Diharap Akan Menyelesaikan Kesesakan Lalu Lintas Beijing
May 26, 2016 Effi Saharudin

Jika anda pernah ke Beijing anda pasti pernah melihat kesesakan lalu lintas maha hebat ibu negara China yang membuatkan kesesakan Kuala Lumpur kelihatan remeh. Kesesakan berlarutan sehingga lewat malam dan kami pernah tersekat selama dua jam pada pukul 1 pagi untuk melengkapkan perjalanan sejauh 7 kilometer. Kesesakan di Beijing berlaku kerana jumlah pengguna kereta yang meningkat secara mendadak sehingga tidak mampu ditampung infrastruktur sedia ada.

Bas-bertingkat-Beijing-3Bagi menyelesaikan masalah ini, Transit Elevated Bus (TEB) sebuah bas bertingkat yang bergerak di atas laluan kereta akan diuji seawal Julai ini. Kenderaan awam ini mempunyai ruang setinggi 2.1 meter pada bahagian bawah bagi membolehkan ia bergerak tanpa sebarang halangan. Ia cukup lebar untuk merentasi dua lorong jalan raya. Ia dibangunkan oleh Shenzhen Hashi Future Parking Equipment Co sejak 2010 dan pernah dipaparkan di dalam filem Total Recall 2012. Setiap bas mampu membawa 1600 penumpang pada kelajuan 60 kilometer sejam. Menurut pereka, sistem ini adalah lebih murah berbanding membina sistem kereta api bawah tanah dan menggunakan jalan raya sedia ada.

Kami amat teruja dengan sistem bas yang inovatif ini.  Masalah bas awam terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas dengan penumpang tin sardin pastinya dapat diselesaikan.

Komen