Microsoft Akan Memfokuskan Penawaran Telefon Pintar Ke Pasaran Perusahaan Sahaja

Microsoft Akan Memfokuskan Penawaran Telefon Pintar Ke Pasaran Perusahaan Sahaja

Diterbitkan pada Mei 26, 2016 oleh .

Microsoft boleh dikatakan menghadapi masalah dalam menarik lebih ramai mendapatkan peranti Lumia daripada mereka sejak beberapa tahun lepas, dan kini jualan telefon pintar mereka telah berada dibawah 1% sahaja berbanding platform lain – Android dan iOS.

Dengan hanya sedikit pengguna yang menggunakannya, kini Microsoft menarik diri daripada menawarkan telefon pintar kepada pengguna, sebaliknya hanya akan memfokuskan kepada penawaran kepada perusahaan dan perniagaan sahaja.

Microsoft Lumia 650

Melalui perubahan ini, ia sekaligus akan membuatkan lebih kurang pemasaran dilakukan oleh Microsoft untuk telefon pintar keluaran mereka, malah model yang dikeluarkan juga akan menjadi sedikit berbanding Lumia sebelum ini.

Untuk makluman, melalui Windows 10 Mobile sendiri, Microsoft lebih memfokuskan kepada penawaran aplikasi desktop terus ke peranti mudah-alih dan melakukan beberapa tugasan walaupun berada dimana-mana. Fungsi-fungsi yang ditawarkan juga lebih ditujukan pengguna perusahaan dan profesional berbanding dengan pengguna awam.

Perubahan ini juga dilihat selari dengan langkah Satya Nadella yang lebih memfokuskan kepada membawa perkhidmatan kepada pelbagai platform berbanding bersaing dalam arena peranti mudah-alih.

Dengan perubahan ini juga, pihak Microsoft menghentikan lebih kurang 1850 pekerjaan – lanjutan daripada jualan bahagian telefon bimbit kepada Foxconn sebelum ini.


TIPS & ULASAN