Cari @ Amanz

Skrin E-Ink ialah paparan yang paling menjimatkan penggunaan bateri pada peranti. Selepas gambar dipaparkan, ia akan kekal pada skrin tanpa menggunakan sebarang kuasa elektrik. Ini ialah sebab mengapa ia menjadi pilihan peranti khas untuk tujuan membaca seperti Kindle. Ia boleh berfungsi selama berhari-hari tanpa perlu dicas. Kekurangan paling nyata skrin E Ink ialah ia hanya mampu memaparkan warna hitam dan putih sahaja. Teknologi terbaru dari syarikat E Ink kini berjaya menghasilkan paparan yang berwarna.

ACeP e paper baru 2

Teknologi baru Advanced Color ePaper (ACeP) mampu memaparkan 32000 warna dengan kepadatan pixel 150 ppi. Ia boleh digunakan untuk memaparkan kandungan majalah pada peranti ataupun digunakan sebagai papan iklan. Ia pastinya menjimatkan tenaga berbanding menggunakan paparan LED yang digunakan secara meluas sekarang. ACeP masih belum sesuai digunakan sebagai pengganti skrin peranti pintar kerana memerlukan masa 2 saat untuk mengubah imej yang dipaparkan. Tambahan lagi skrin peranti yang anda gunakan sekarang memaparkan 16 Juta warna dengan kepadatan yang lebih pixel lebih tinggi. Di masa hadapan pemandangan buruh menukar kain rentang pada papan iklan di tepi jalan mungkin akan pupus. Papan iklan sedia ada akan secara perlahan-lahan digantikan dengan paparan berteknologi ACeP.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd