Cari @ Amanz

HP pernah hadir dengan produk mereka berjenama Omen sebelum ini. Hari ini, mereka mengembalikan penggunaan nama berkenaan dan akan menggunakan nama Omen pada pelbagai peranti mereka yang memfokuskan kepada permainan dan multimedia.

Produk-produk yang akan turut dikategorikan dibawah Omen adalah komputer riba permainan, desktop dan juga monitor.

HP Omen Laptop

Dua komputer riba baru diperkenalkan dibawah HP Omen hari ini, iaitu dalam variasi skrin bersaiz 15.6-inci dan juga 17.3-inci. Kedua-duanya menyokong spesifikasi sehingga cip Intel Core i7, memori 16GB RAM, dan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 965M. Komputer riba Omen ini akan ditawarkan bermula bulan Julai kelak.

HP Omen Desktop

Untuk desktop pula, HP Omen Desktop akan ditawarkan pada bulan Ogos kelak – namun spesifikasi yang akan dibawakan olehnya masih tidak dikongsikan. Ia sekadar dikatakan akan menyokong permainan realiti-maya melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd