Bersama-sama pengenalan ZTE Axon 7, pihak ZTE turut memperkenalkan sebuah set realiti-maya khusus untuk digunakan bersama-sama telefon pintar berkenaan, dinamakan sebagai ZTE VR. Ia membawakan rekaan lebih kurang sama seperti Gear VR dari Samsung, serta dilengkapi beberapa butang untuk mengawal ketika menikmati realiti-maya.
Pada masa yang sama, ZTE juga dipetik mengatakan ZTE Axon 7 akan menyokong platform realiti-maya terbaru daripada Google, iaitu DayDream. Sokongan ini bakal hadir ke peranti ZTE Axon 7 melalui kemaskini Android N kelak yang dijangka akan diperkenalkan pada tahun ini.
Ia tidak diketahui sama ada ZTE VR ini juga adalah mesra platform DayDream ataupun sebaliknya. Pihak ZTE masih tidak mengumumkan tarikh jualan dan harga untuk ZTE VR ini buat masa ini.