Samsung Galaxy C5 Diperkenalkan Dengan Rekaan Logam Dan Memori 4GB RAM

Samsung Galaxy C5 Diperkenalkan Dengan Rekaan Logam Dan Memori 4GB RAM

Diterbitkan pada Mei 27, 2016 oleh .

Samsung sebelum ini memfokuskan kepada peranti berspesifikasi pertengahan melalui keluarga Galaxy A. Tetapi, kini ia mungkin telah mempunyai peganti dengan pengenalan keluarga Galaxy C di China melalui Samsung Galaxy C5.

Samsung Galacy C5 hadir dengan rekaan logam sekaligus memberikan pengalaman penggunaan peranti seumpama peranti premium yang lain. Galaxy C5 menggunakan skrin bersaiz 5.2-inci dengan paparan HD penuh dan menggunakan skrin Super AMOLED.

Samsung Galaxy C5

Menjana telefon pintar ini adalah cip pemprosesan Snapdragon 617, serta memori 4GB RAM. Peranti ini menggunakan sokongan dwi-SIM, dan turut hadir dengan sokongan kad mikro-SD.

Untuk rakaman gambar, Samsung menggunakan kamera 16-megapixel dengan lensa f/1.9 pada bahagian belakang, serta kamera hadapan 8-megapixel.

Galaxy C5 akan dijual di China bermula bulan Jun ini, dan ia turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari pada bahagian hadapan – berkemungkinan untuk memberikan lebih sekuriti dan digunakan bersama Samsung Pay.


TIPS & ULASAN