Sehingga kini, sekiranya anda ingin merancang percutian ke luar negara, salah satu laman yang mungkin dikunjungi adalah Skyscanner. Kini, dalam usaha memudahkan lagi pengguna membuat carian penerbangan ke tempat yang dituju, Skyscanner hadir dengan sebuah bot khusus yang memudahkan proses berkenaan.
Melalui bot Skyscanner di Facebook Messenger, sesiapa sahaja dengan akaun Facebook boleh berinteraksi dan membuat carian dan melihat hasil carian terus pada Facebook tanpa perlu meninggalkan platform berkenaan.
Sebaik sahaja berbual dengan bot Skyscanner di Messenger, anda akan ditanya dengan soalan seperti lokasi yang dituju dan tarikh percutian. Kemudian anda akan diperlihatkan dengan masa perjalanan dan kos untuknya.
Melalui usaha ini, ia lebih memudahkan pengguna membuat carian penerbangan di laman sosial terkemuka berkenaan, selain memberikan lebih alternatif kepada pengguna untuk menggunakan perkhidmatan mereka berbanding perlu ke web seperti sebelumnya.
- Hubungi : Skyscanner di Facebook Messenger