Carian
Acer Memperlihatkan Monitor 4K Dengan Bingkai Tepi Yang Sangat Nipis
May 27, 2016 Aman

Computex 2016 akan berlangsung bermula minggu hadapan, dan bersempena dengannya, pelbagai barangan komputer bakal diperlihatkan. Acer telah mula mengambil langkah awal dengan mengumumkan beberapa perkara, dan salah satunya adalah monitor terbaru mereka yang dinamakan BM320.

Acer ZeroFrame

Acer BM320 ini hadir dengan skrin 32-inci dan turut menyokong paparan pada resolusi 4K. Apa yang menariknya pada rekaan monitor ini adalah penggunaan bingkai tepi yang sangat nipis, dan dinamakan oleh Acer sebagai ZeroFrame.

Acer menyasarkan monitor ini lebih kepada mereka yang terlibat dalam penyuntingan video dan juga grafik – memandangkan ia menyokong penuh Adobe RGB Color Gamut.

Harga jualan dan tarikh pemasarannya masih tidak diketahui, dan dijangka dikongsikan pada Computex 2016 minggu hadapan.

Komen