Telefon pintar bertemakan watak adiwira bukan sesuatu yang baru. Terkini, Samsung Electronics dan juga Warner Bros telah mengumumkan kerjasama dan telah memperkenalkan telefon pintar Galaxy S7 Edge bertemakan Batman – bersempena dengan permainan Injustice : Gods Among Us.
Galaxy S7 Edge bertemakan Batman ini akan ditawarkan dalam kuantiti yang terhad, dan hanya di beberapa buah negara sahaja. Samsung juga akan menyertakan Gear VR bersama-sama pakej jualan peranti ini, disamping menawarkan beberapa kandungan khusus untuknya.
Samsung masih tidak berkongsi akan harga jualan dan mengatakan ia akan mula ditawarkan bermula bulan Jun kelak.