Penggunaan cap jari pada komputer riba bukan sesuatu yang baru. Terkini, Acer telah memperkenalkan komputer dua-dalam-satu mereka yang terkini, dinamakan sebagai Acer Switch V 10 dan hadir dengan rekaan hibrid dua-dalam-satu.
Acer Switch V 10 hadir dengan skrin bersaiz 10-inci dan dijana menggunakan Windows 10. Ia menggunakan cip pemprosesan Intel Atom, dan menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 9 jam lamanya.
Apa yang menariknya mengenai komputer riba ini adalah penyertaan pengimbas cap jari yang boleh digunakan bersama Windows Hello, disamping turut dilengkapi port USB Type-C untuk pengecasan kuasa dan juga pemindahan data.
Acer Switch V 10 ini akan ditawarkan dalam pilihan warna hitam, putih, merah, dan biru – serta seperti biasa digunakan dalam mod tablet atau komputer riba. Harga jualannya masih tidak dikongsikan buat masa ini.