Cari @ Amanz

Telekom Malaysia kini dilihat telah mula menaik-taraf pakej Unifi VIP5 kepada VIP10 untuk pengguna-pengguna setia mereka secara percuma, dan dilakukan secara automatik.

Kami difahamkan proses ini dilakukan secara automatik – memberikan petanda yang mana tiada sebarang penambahan bayaran perlu dilakukan oleh pengguna, dan dilihat turut tiada sebarang penambahan kontrak untuknya.

Melalui naik taraf ini, pengguna VIP5 yang menikmati kelajuan 5Mbps sebelum ini, kini boleh menikmati kelajuan 10Mbps – sekaligus membolehkan mereka melakukan lebih banyak perkara pada era digital masa kini.

Telekom Malaysia dilihat mungkin mempunyai kriteria tersendiri untuk penaik-tarafan ini – termasuk berapa lama pengguna melanggannya, dan kekerapan membayar bil dengan tepat pada waktu. Tidak semua pengguna dilihat menerima promosi ini. Naik-taraf dilakukan secara automatik dan berperingkat, dan pengguna yang telah dinaik-taraf akan menerima SMS untuk memaklumkan perkara ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd