Honor V8 Tiada Perancangan Untuk Diperkenalkan Di Malaysia

Honor V8 Tiada Perancangan Untuk Diperkenalkan Di Malaysia

Diterbitkan pada Mei 27, 2016 oleh .

Honor V8 telah diperkenalkan di China beberapa minggu lepas, dimana ia membawakan rekaan dwi-kamera pada bahagian belakang, dan menawarkan pelbagai spesifikasi terkini. Kini, berkongsi mengenainya, wakil Honor Malaysia mengatakan mereka tiada perancangan untuk memperkenalkan peranti berkenaan untuk pasaran tempatan.

Honor V8 dilihat lebih memfokuskan kepada pasaran China sahaja buat masa ini, dan berkemungkinan pihak Honor akan mempunyai penawaran kemaskini untuk Honor 7 untuk pasaran global kelak.

Honor V8

Honor V8 sebelum ini telah hadir dengan penggunaan dwi-kamera belakang dan penawaran skrin pada resolusi sehingga 2K – sekaligus menjadikan ia antara peranti alternatif menarik untuk didapatkan bagi Huawei P9. Dengan perkongsian baru daripada pihak Honor ini, mungkin anda yang inginkan peranti dengan dwi-kamera, boleh melihat untuk mendapatkan Huawei P9.


TIPS & ULASAN