Xiaomi Mi Band 2 Dengan Paparan LED Bakal Diperkenalkan Pada 7 Jun

Xiaomi Mi Band 2 Dengan Paparan LED Bakal Diperkenalkan Pada 7 Jun

Diterbitkan pada Mei 28, 2016 oleh .

Xiaomi merupakan salah satu pengeluar gelang pintar terkemuka di dunia, dan terkini selepas memperkenalkan Mi Band dan Mi Band 1s, pada tahun ini mereka dalam perancangan untuk memperkenalkan Mi Band 2.

Xiaomi Mi Band 2

Pada Mi Band 2, salah satu fokus utama adalah paparan LED yang disertakan bagi memudahkan pengguna melihat langkah perjalanan yang telah dilakukan, melihat kadar degupan jantung semasa, masa dan sebagainya. Seperti biasa, sensor degupan jantung turut disertakan pada bahagian bawah, dan ia menggunakan pengecas lebih kurang seperti pada dua generasi sebelumnya.

Akan menjadi fokus utama pada pengenalan peranti ini juga kelak adalah masa penggunaan baterinya, dan berapakah harga jualannya kelak. Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh Xiaomi pada 7 Jun ini.


TIPS & ULASAN