Unimuf Ingin Memudahkan Anda Menyewakan Kereta Anda Kepada Pengguna Lain

Unimuf Ingin Memudahkan Anda Menyewakan Kereta Anda Kepada Pengguna Lain

Diterbitkan pada Mei 28, 2016 oleh .

Industri kereta sewa mempunyai permintaan tersendiri, terutamanya dikalangan pelajar universiti. Menyedari peluang berkenaan, salah satu perkhidmatan baru yang turut diperlihatkan ketika acara JomLaunch hari ini adalah Unimuf.

Unimuf

Unimuf merupakan salah satu platform yang ingin memudahkan mereka yang mempunyai kereta berlebihan yang tidak digunakan untuk disewa kepada mereka yang ingin gunakannya. Melalui Unimuf, ia menemuka pemilik kenderaan dan pengguna yang ingin menyewa kenderaan berkenaan.

Melalui Unimuf, mereka yang ingin menyewa kenderaan boleh membuat pencarian – dan mereka yang ingin menawarkan kenderaan mereka untuk disewa akan dihubungkan. Disamping menawarkan kemudahan untuk menyewa kereta, Unimuf juga turut menghubungkan pengguna dengan transporter – terutamanya untuk mereka yang tidak ingin memandu, atau mempunyai lesen memandu.

Unimuf

Unimuf buat masa ini telah beroperasi di kawasan sekitar Gombak, dan menurut pembangunnya, mereka akan memperluaskan penawaran ke beberapa kawasan berhampiran universiti tidak lama lagi.

Bagi anda yang berada di sekitar Gombak, mungkin boleh menyemak perkhidmatan Unimuf ini hari ini.

Layari : Unimuf


TIPS & ULASAN