Posto Express Dijenama Semula Kepada Zepto Express – Menawarkan Lebih Pilihan Penghantaran

Posto Express Dijenama Semula Kepada Zepto Express – Menawarkan Lebih Pilihan Penghantaran

Diterbitkan pada Mei 28, 2016 oleh .

Pada tahun lepas, perkhidmatan Posto Express telah diperkenalkan yang membolehkan pengguna untuk mendaftar menjadi penghantar barangan, ataupun turut menggunakan perkhidmatan tersebut untuk menghantar barangan. Kini, pada JomLaunch yang diadakan hari ini, pembangunnya mengumumkan penjenamaan semula kepada Zepto Express.

Zepto Express

Zepto Express kini hadir dengan lebih penawaran berbanding sebelum ini. Ia kini tidak lagi terhad kepada penghantaran barangan kecil melalui motosikal sahaja – tetapi juga turut meliputi penghantaran barangan menggunakan kereta, mahupun lori (melalui kerjasama TheLorry).

Zepto Express

Disamping itu, pihak Zepto Express turut menawarkan penghantaran barangan mesra-alam – dimana penghantar menggunakan kaedah menaiki basikal, berjalan kaki ataupun pengangkutan awam untuk tujuan berkenaan. Ciri baru ini lebih kepada ujian sahaja di Malaysia, sementara akan menjadi fokus utama untuk penawaran perkhidmatan mereka di luar kelak.

Zepto Express mengatakan mereka akan memperluaskan penawaran di UK dalam beberapa bulan lagi.

Zepto Express

Untuk mereka yang berminat untuk menjadi penghantar barangan (posmen) atau menggunakan perkhidmatan berkenaan, boleh melayari laman Zepto Express hari ini.


TIPS & ULASAN