Carian
Saluran E-Sukan Astro Akan Mula Bersiaran pada 7 Jun 2016
May 29, 2016 Aman

Astro sebelum ini telah mengesahkan bakal memperkenalkan saluran khusus untuk e-sukan. Kini, berkongsi lanjut mengenainya, Astro mengatakan saluran berkenaan akan mula bersiaran 24 jam sehari bermula daripada 7 Jun 2016 kelak.

Saluran e-sukan Astro ini akan dikenali dengan nama eGG Network (Every Good Game), dan bakal berkongsi pelbagai perkara berkaitan arena e-sukan, termasuk kemaskini perlawanan, temuramah dengan personaliti e-sukan, berita semasa, dan pelbagai perkara lain berkaitan e-sukan.

Seperti ramai sedia maklum, arena e-Sukan merupakan salah satu perkara yang menerima perhatian ramai akhir-akhir ini, malah pelbagai pihak turut hadir dengan pasukan rasmi mereka untuk pelbagai permainan e-Sukan, termasuk untuk DotA, FIFA, CS:GO, LOL, dan sebagainya.

Komen