Runut Bunyi Doom Mengandungi Imej Petagram Dan 666 Tersembunyi

Runut Bunyi Doom Mengandungi Imej Petagram Dan 666 Tersembunyi

Diterbitkan pada Mei 30, 2016 oleh .

Permainan Doom yang muncul minggu lalu menerima banyak pujian kerana kembali kepada fitrah asal permainan asalnya. Pemain mengawal watak marin angkasa lepas dan membunuh ratusan iblis dan syaitan yang muncul dari negara. Selain aksi membunuh haiwan dari neraka yang ganas, Doom juga dipuji kerana mempunyai runut bunyi muzik techno metal yang sesuai dengan aksi yang dipaparkan. Tetapi runut bunyi ini turut mempunyai easter egg tersembunyi di dalam bentuk imej pentagram dan angka 666.

TomButcher, seorang pengguna Reddit menemui easter egg ini setelah memasukkan lagu Cyberdemon yang menjadi runut bunyi Doom ke dalam perisian spectorgram. Perisian ini dapat memaparkan imej yang disembunyikan di dalam muzik. Apabila ia dilakukan gambar pentagram dan angka 666 didapati disorokkan di dalam runut bunyi. Ini bukanlah kali pertama ia dilakukan di dalam permainan. Sebelum ini imej tersembunyi juga disorokkan di dalam runut bunyi permainan Portal dan Fez.


TIPS & ULASAN