Cari @ Amanz

Mengapa ada segelintir pengguna yang hanya menggunakan peranti Nexus? Alasan nombor satu yang diberikan ialah kemas kini paling pantas dan ketiadaan aplikasi gendut. Google nampaknya akan menambah sebuah lagi insentif supaya pengguna memilih peranti Nexus keluaran mereka. Di dalam APK terkini Google Photos terdapat kod yang membolehkan peranti Nexus memuat naik gambar dan video ke Google Photos tanpa had pada kualiti asal. Sebelum ini gambar yang lebih besar dari 16 Megapixel dan video yang lebih besar dari 1080P perlu dikecilkan terlebih dahulu untuk mendapat muat naik tanpa had.

Kepada pengguna peranti lain, hanya gambar dan video yang telah dikecilkan boleh dimuat naik tanpa had. Ini sebenarnya tidak akan memberikan perubahan besar bagi pengguna Nexus kerana saiz kamera terbesar peranti Nexus masih lagi 12.3 Megapixel dan di bawah had 16 Megapixel yang ditetapkan sekarang. Tetapi Nexus 6P mampu merakam video pada resolusi 4K dan muat baik tanpa had ini akan memudahkan simpanan ke storan awanan tanpa perlu risau kehabisan kuota. Adakah penawaran muat naik ke Google Photos tanpa had ini akan menarik minat anda untuk menjadikan peranti Nexus peranti pilihan selepas ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd