Cari @ Amanz

Kemas kini peranti memastikan perisian anda akan menjadi lebih stabil dan kerentanan yang wujud akan dapat ditutup sebelum mendatangkan masalah sekuriti. Kepada pemilik peranti iOS dan Nexus, kemas kini terkini akan hadir dengan pantas dan hampir tiada masalah. Kepada pengguna peranti lain ia mungkin mengambil masa yang sedikit lama. Kami akan sentiasa mengemas kini peranti sekiranya wujud kemas kini yang terkini.

Di India, Samsung mendapati tidak kesemua pengguna mengemas kini peranti mereka dengan pantas. Jadi mereka melakukan kempen unik dengan kerjasama Dominos Pizza untuk menggalakkan pemilik mengemas kini sepantas mungkin. Sekiranya peranti dikemas kini kepada perisian terkini, pemilik boleh membeli pizza Dominos dengan tawaran potongan harga 20%. Tawaran dilakukan menerusi aplikasi My Galaxy. Tawaran yang sama kami rasakan perlu diberikan kepada pengguna di Malaysia. Rakyat Malaysia jarang sekali menolak tawaran makanan yang dijual pada harga murah!

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd