Asus Memperkenalkan Zenbook 3 – Komputer Riba Yang Lebih Nipis Dan Berkuasa Berbanding Macbook

Asus Memperkenalkan Zenbook 3 – Komputer Riba Yang Lebih Nipis Dan Berkuasa Berbanding Macbook

Diterbitkan pada Mei 30, 2016 oleh .

Asus hari ini telah memulakan acara Zenvolution mereka dengan memperkenalkan komputer riba terkini, dinamakan sebagai Zenbook 3. Komputer riba ini memfokuskan kepada penawaran premium dengan rekaan yang nipis dan ringan untuk memudahkan ia dibawa kemana-mana.

Zenbook 3

Asus Zenbook 3 ini hanya setebal 11.9-mm sahaja, dan hanya seberat 900 gram. Ia boleh dikatakan lebih ringan jikalau dibandingkan dengan sejumlah komputer riba yang lain di pasaran. Pihak Asus juga beberapa kali membandingkan ia dengan Macbook, dan memperlihatkan komputer riba mereka lebih ringan, berkuasa dan nipis berbanding dengan Macbook.

Asus Zenbook 3

Dari segi spesifikasi, model paling teratas hadir dengan sokongan cip pemprosesan Intel Core i7, memori sehingga 16GB RAM, dan ruangan storan berasaskan SSD sehingga 1TB. Model dengan ruangan storan 512GB SSD dan model berspesifikasi rendah dengan Core i5, memori 4GB RAM dan ruangan storan 256GB turut akan ditawarkan.

Melengkapkan juga komputer riba ini adalah sokongan pengimbas cap jari dengan sokongan Windows Hello, disamping ia turut menawarkan speaker yang baik dilengkapi teknologi Harman Kardon. Asus akan menawarkannya bermula harga $1499.


TIPS & ULASAN