Cari @ Amanz

Disamping memperkenalkan Asus Zenbook 3, pihak Asus juga turut memperkenalkan komputer riba dua-dalam-satu mereka tersendiri, dinamakan sebagai Asus Transformer 3 Pro. Seperti ramai sedia maklum, ia merupakan kemaskini kepada keluarga Transformer sebelum ini dan turut diposisikan sebagai pesaing untuk Surface Pro 3.

Asus Transfomer 3 Pro

Asus Transformer 3 Pro hadir dengan cip pemprosesan Intel Core i7, memori sehingga 8GB RAM dan ruangan storan sehinggga 51GB SSD.

Asus Transfomer 3 Pro hadir dengan skrin bersaiz 12.6-inci pada resolusi 2880×1920 pixel. Ini sekaligus membawakan paparan gambar yang terang berbanding yang lain. Pihak Asus turut menyertakan kaki kickstand yang boleh dilaraskan berdasarkan kepada penggunaan anda – sebagai contoh ketika menikmati media, membuat kerja dan juga ketika membuat lakaran.

Asus Transformer 3 Pro

Asus Transformer 3 Pro juga turut hadir dengan sokongan Thunderbolt 3 – dimana melaluinya pengguna boleh menghubungkan pelbagai perkara, termasuk sehingga 2 panel 4K, ataupun menghubungkan kad grafik tambahan melalui penggunaan Asus ROG XG Station 2.

Asus Transfomer 3 Pro juga turut menyokong pelbagai aksesori tambahan daripada Asus, dan hadir dengan sebuah papan kekunci penuh untuk dihubungkan dan digunakan sebagai kerangka luar.

Pihak Asus masih tidak memberikan tarikh penjualannya di Malaysia, dan ia sekadar dijangka hadir dalam beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd