MSI Aegis X Diperkenalkan – Dengan Spesifikasi Menyokong Realiti-Maya
MSI

MSI Aegis X Diperkenalkan – Dengan Spesifikasi Menyokong Realiti-Maya

Diterbitkan pada Mei 30, 2016 oleh .

Pada sesi bersama media yang diadakan oleh MSI pada pagi ini, selain dari mempamerkan MSI Backpack PC, mereka turut mempamerkan produk lain yang memfokuskan permainan. Untuk kategori sistem desktop yang tersedia, mereka telah hadir dengan kemaskini untuk sistem Aegis mereka, iaitu Aegis X.

Siri Aegis dari MSI merupakan salah satu penawaran sistem komputer kompak selain dari siri Nightblade, dan bagi Aegis X, ia direka untuk memenuhi keperluan realiti-maya. Terdapat penyambung HDMI yang khusus untuk penggunaan peranti realiti maya diletakkan di ruang hadapan komputer ini. Antara perkara lain yang membezakan Aegis dan Aegis X adalah kemaskini untuk penawaran spesifikasinya.

MSI Aegis X - IMG_9417

MSI Aegis X - IMG_9391

Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i7 Generasi ke-6 yang tidak dihadkan kelajuannya, membolehkan pengguna melakukan optimasi (overclocking) padanya. Ia menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080 8GB GDDR5X dan mempunyai dua slot RAM dan menyokong kapasiti sehingga 32GB. Namun pada sistem ini tidak menyokong kad grafik berkembar SLI/Crossfire oleh kerana saiz cesi ini yang kecil. Sistem ini juga turut mempunyai dua slot RAM berkelajuan tinggi, iaitu DDR4 2133 MHz dengan kapasiti maksimum 32GB.

Meskipun MSI menyediakan kebanyakan komponennya, komputer ini masih boleh dinaiktaraf dan komponen dalamannya boleh ditukar-ganti. Buat masa ini harganya masih menjadi tanda tanya dan berkemungkinan bakal diumumkan sewaktu acara rasmi MSI di Computex Taipei pada pagi esok.


TIPS & ULASAN