Carian
Asus Zenfone 3 Ultra Hadir Dengan Skrin 6.8-inci Dan Sokongan Audio Lebih Baik
May 30, 2016 Aman

Disamping Asus Zenfone 3 Deluxe dan Asus Zenfone 3, pihak Asus turut memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru dibawah keluarga Zenfone 3, iaitu Asus Zenfone 3 Ultra. Seperti pada namanya, ia hadir dengan skrin yang bersaiz lebih besar – iaitu skrin bersaiz 6.8-inci.

Asus Zenfone 3

Asus Zenfone 3 Ultra menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 652 dan memori sehingga 4GB RAM. Secara kasar, ia dilihat pihak Asus mengabungkan spesifikasi Zenfone 3 dan beberapa ciri-ciri Zenfone 3 Deluxe didalam peranti ini. Ini kerana Zenfone 3 Ultra hadir dengan sokongan kamera belakang 23-megapixel seperti Zenfone 3 Deluxe.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah penggunaan bateri berkapasiti sehingga 4600mAh dan pengecasan berasaskan USB 3.0. Pengguna turut boleh menggunakan Zenfone 3 Ultra untuk mengecas peranti lain – umpama powerbank. Asus turut menyertakan sokongan dwi-speaker stereo pada peranti ini – membolehkan pengguna menikmati media seperti audio dengan baik menggunakannya.

Berbeza dengan Zenfone 3 lain, Zenfone 3 Ultra menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada bahagian hadapan. Melengkapkan peranti ini juga adalah penggunaan ZenUI 3.0 dengan Android 6.0 Marshmallow.

Telefon pintar ini akan dipasarkan oleh Asus pada harga bermula $479~[~RM1971].

Komen