Cari @ Amanz

Asus hari ini turut mengumumkan penyertaan komersial untuk penawaran robot untuk pengguna rumah, melalui apa yang dipanggil mereka sebagai Asus Zenbo.

Asus Zenbo

Melalui Asus Zenbo, pengguna boleh bertanyakan pelbagai soalan, dan ia akan menjawabnya. Disamping itu, pengguna turut mengarahkan Zenbo untuk mengawal beberapa alat elektronik di rumah. Zenbo turut hadir dengan sokongan kamera terbina bagi membolehkan pengguna mengambil gambar menggunakannya – ataupun Zenbo turut boleh menghantar gambar anda kepada keluarga terdekat sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Asus Zenbo

Asus mengatakan Zenbo merupakan salah satu projek besar mereka – dimana ia mengintegrasikan arena pendidikan, perubatan, hiburan, komunikasi, dan sebagainya pada satu robot untuk keluarga. Asus turut membuka Zenbo kepada pembangun bagi membolehkan lebih banyak perkhidmatan diintegrasikan bersama ke dalamnya.

Asus Zenbo akan dipasarkan kepada umum pada harga $599 [~RM2465]. Kami akan mendapatkan maklumbalas pihak Asus Malaysia sama ada ia akan dipasarkan di pasaran Malaysia ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd