Asus Zenfone 3 Dijangka Hadir Ke Pasaran Malaysia Sekitar Bulan Ogos 2016

Asus Zenfone 3 Dijangka Hadir Ke Pasaran Malaysia Sekitar Bulan Ogos 2016

Diterbitkan pada Mei 30, 2016 oleh .

Asus hari ini telah memperkenalkan sejumlah produk baru bersempena dengan Computex 2016 – termasuk keluarga telefon pintar baru, Zenfone 3. Sebanyak tiga model telah diperkenalkan dibawahnya, iaitu Zenfone 3, Zenfone 3 Deluxe dan juga Zenfone 3 Ultra.

Berkongsi mengenainya, pihak Asus Malaysia menyasarkan untuk memasarkan ketiga-tiga telefon pintar dibawah keluarga Zenfone 3 sekitar bulan Ogos 2016 ini.

Asus Zenvolution

Zenfone 3 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, cip pemprosesan Snapdragon 625, dan memori sehingga 4GB RAM. Ia menggunakan kamera belakang 16-megapixel dengan sokongan penstabilan imej optikal, serta kamera hadapan 8-megapixel.

Zenfone 3 Deluxe pula peranti berspesifikasi tinggi daripada Asus, hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci, cip pemprosesan Snapdragon 820, memori sehingga 6GB RAM dan ruangan storan sehingga 256GB. Ia dilengkapi kamera belakang 23-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel.

Zenfone 3 Ultra pula memfokuskan kepada mereka yang inginkan peranti bersaiz besar, hadir dengan skrin bersaiz 6.8-inci, cip Snapdragon 652, dan memori sehingga 4GB RAM.

Asus Zenfone 3

Pihak Asus Malaysia masih tidak berkongsi berkenaan harga jualan peranti ini untuk pasaran Malaysia. Mungkin kita akan ketahui mengenainya kelak pada bulan Ogos 2016.


TIPS & ULASAN