Asus Turut Hadir Dengan Set Realiti-Maya Tersendiri Untuk Digunakan Bersama Zenfone 3

Asus Turut Hadir Dengan Set Realiti-Maya Tersendiri Untuk Digunakan Bersama Zenfone 3

Diterbitkan pada Mei 30, 2016 oleh .

Bersama-sama dengan pengenalan siri telefon pintar Asus Zenfone 3, pihak Asus turut secara senyap memperkenalkan sebuah set realiti-maya mereka tersendiri yang dinamakan sebagai Asus VR.

Asus VR

Asus VR membawakan rekaan yang sedikit bergaya berbanding dengan beberapa set realiti-maya yang lain di pasaran. Pihak Asus mengatakan Asus VR boleh digunakan bersama-sama dengan Zenfone 3 dan juga Zenfone 3 Deluxe.

Melaluinya, sebaik sahaja pengguna memasukkan telefon pintar, ia turut dilengkapi dengan butang kawalan pada bahagian tepi untuk mengawal peranti ketika digunakan dalam keadaan realiti-maya. Tiada sebarang alat-kawalan berasingan yang disediakan oleh Asus untuk Asus VR.

Asus VR

Pihak Asus tidak berkongsi info lanjut mengenai Asus VR buat masa ini, dan hanya sekadar mengatakan mereka menyasarkan untuk memasarkannya sekitar suku ketiga 2016 ini.


TIPS & ULASAN