Cari @ Amanz

Asus pada tahun lepas telah memperkenalkan Asus ROG GX700 yang mana menjadi komputer riba pertama di dunia yang hadir dengan sokongan penyejukan berasaskan cecair. Ia turut telah dilancarkan di Malaysia pada harga bermula RM18,999 baru-baru ini.

Kini, kemaskini untuk komputer riba berkenaan telah diperkenalkan pada Computex 2016 ini, iaitu Asus ROG GX800.

Seperti versi asal, ia hadir dengan sokongan penyejukan berasaskan cecair, tetapi kali ini ia turut menyertakan beberapa perkara tambahan – termasuk papan kekunci mekanikal. Asus memanggil ia sebagai MechTAG, iaitu ringkasan untuk Mechanical Tactile Advanced Gaming.

ASUS ROG

Dengan penawaran yang menarik ini, komputer riba bersaiz 18.4-inci ini juga turut menyertakan cip Intel dari siri-K yang membolehkan ia menawarkan prestasi berkuasa seumpama desktop, selain dilengkapi dengan sokongan NVIDIA SLI GPU – bermakna anda boleh menggunakan dua kad grafik NVIDIA GTX untuk satu output yang sama, sekaligus menawarkan pengalaman permainan dan grafik yang sangat baik.

Asus turut mengatakan mereka telah menaik-taraf dock tambahan mereka bagi membolehkan pengguna menikmati kebolehan overclocking yang lebih ekstrim berbanding kebiasaan.

Buat masa ini, Asus masih tidak berkongsi mengenai harga dan tarikh penawaran komputer riba ini untuk pasaran global mahupun tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd