Cari @ Amanz

Bagi peminat PC, anda semestinya minat untuk membuat pelbagai perubahan sendiri secara DIY (Dibuat Individu dengan Yakin) – dimana anda sering memasang sendiri pelbagai perkakasan dan menaik-taraf sesuatu komponen tanpa perlu membuat perubahan yang besar. Kini, dalam usaha memudahkan perkara berkenaan, Asus memperkenalkan sebuah projek baru dibawah ROG, iaitu Project AVALON.

Asus ROG AVALON

ROG Avalon ini membawakan rekaan papan induk dan casis berbentuk hibrid yang mana memudahkan pengguna untuk menaiik-taraf atau mengubah beberapa komponen semudah peranti pasang dan pakai.

Melalui Avalon, pengguna boleh memasang SSD, PSU dan juga graphic adapter dengan mudah tanpa risau akan penggunaan wayar yang sukar seperti sebelumnya. Ini juga menjadikan anda lebih mudah untuk membuat PC DIY tersendiri dan tidak sukar seperti kebiasaan. Pada bahagian belakang, pelbagai port IO disediakan.

Project Avalon ini masih pada peringkat prototaip lagi buat masa ini, dan pihak Asus masih tidak berkongsi mengenai bilakah ia akan dilancarkan kepada umum dan berapakah harga jualannya kelak.

Asus ROG Avalon

Asus ROG Avalon

Asus ROG Avalon

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd