MediaTek Melancarkan Pump Express 3.0 – Mengecas Sehingga 70% Dalam Masa 20 Minit

MediaTek Melancarkan Pump Express 3.0 – Mengecas Sehingga 70% Dalam Masa 20 Minit

Diterbitkan pada Mei 31, 2016 oleh .

Pengecasan pantas ialah fungsi yang wajib disertakan pada peranti untuk tahun 2016. Ia pada asalnya hanya disokong oleh pemproses berkuasa tinggi tetapi kini turut disokong oleh pemproses kelas pertengahan untuk peranti mampu milik. Zaman membawa power bank akan semakin hampir apabila sistem pengecasan pantas menjadi kegunaan kesemua peranti yang dijual. MediaTek baru sahaja melancarkan sistem pengecasan pantas terbaru mereka Pump Express 3.0.

Melalui Pump Express 3.0, bateri boleh dicas sehingga 70% dalam masa hanya 20 minit. Pengecasan selama 5 minit pula membolehkan peranti digunakan untuk melakukan panggilan telefon selama 4 jam. Sistem ini menggunakan kabel USB-C untuk menyalurkan arus elektrik terus ke bateri tanpa perlu melalui cip IC di dalam peranti. Ini sekaligus mempercepatkan proses mengecas dan mengurangkan masalah kepanasan yang sinonim dengan pengecasa pantas. Menurut MediaTek, Pump Express 3.0 ialah 50% lebih sejuk berbanding Pump Express 2.0 mereka sebelum ini. Ia akan diperkenalkan pada pemproses Helio P20 yang akan dipasarakan pada hujung tahun ini.


TIPS & ULASAN