ASUS kini tampil dengan 3 model baru di bawah siri ZenFone generasi ketiga mereka melalui ZenFone 3. Kesemua peranti ini hadir dengan rekaan lebih elegan bersama sokongan pengimbas cap jari dan USB Type-C secara terbina. Menariknya, kesemua siri ZenFone 3 tidak lagi menggunakan cip Intel sebaliknya menggunakan cip Snapdragon daripada Qualcomm.
Dari segi spesifikasi, ZenFone 3 didatangkan dengan spesifikasi permulaan bagi siri ini dengan penawaran cip Snapdragon 625. Sebagai peranti permulaan siri ZenFone 3, ia kini dipertingkatkan dengan skrin Super IPS+ LCD, sokongan pengimbas cap jari, dan sambungan Type-C USB 2.0. Agak menarik, kamera peranti ini menggunakan sensor 16MP Sony IMX298 iaitu sensor yang sama seperti yang hadir pada peranti flagship Xiaomi Mi5 dan Huawei Mate 8. Bagi ukuran skrin dan kapasiti bateri, ia masih sama seperti model sebelumnya iaitu ASUS ZenFone 2 (ZE551ML).
ZenFone 3 Deluxe dilihat membawakan keupayaan flagship seperti penggunaan cip Snapdragon 820 dan memori setinggi 6GB RAM. Ia menawarkan spesifikasi paling pantas dan teratas seperti kehadiran sensor 23MP Sony IMX318, Gorilla Glass 4, memori LPDDR4, storan UFS 2.0, sambungan Type-C USB 3.0, dan Qualcomm QuickCharge 3.0.
ZenFone 3 Ultra pula menawarkan sebuah telefon dengan rekaan hampir menyerupai tablet pada saiz skrin sebesar 6.8-inci 1080p. Spesifikasinya boleh dikatakan berada di kelas pertengahan melalui kehadiran cip Snapdragon 652 yang digunakan pada Xiaomi Redmi Note 3 dan Mi Max. Apabila dibandingkan di dalam siri ZenFone 3, spesifikasi ZenFone 3 Ultra berada di tengah-tengah di antara ZenFone 3 dan ZenFone 3 Deluxe.
Kamera ZenFone 3 Ultra dilihat membawakan penggunaan sensor 23MP Sony IMX318 seperti yang terdapat pada ZenFone 3 Deluxe. Bateri 4600 mAh dikatakan boleh disumbang kepada peranti lain dengan menjadikan peranti ini sebagai powerbank. Sambungan Type-C peranti ini juga membawakan sokongan DisplayPort yang mampu memaparkan output setinggi 4K.
Cuma apa yang membuatkannya berada di bawah ZenFone 3 Deluxe, cip Snapdragon 652 yang didatangkan berprestasi dua kali ganda lebih perlahan berbanding Snapdragon 820 melalui ujian benchmark. Di dunia sebenar, ia masih berprestasi lancar yang mana hampir menyamai prestasi cip flagship keluaran 2014 iaitu Snapdragon 810. Selain daripada itu, sambungan Type-C peranti ini juga hanyalah USB 2.0 disamping masih menggunakan memori LPDDR3.
Untuk perbandingan yang lebih terperinci, kami telah menyediakan perbandingan ketiga-tiga model ZenFone 3 melalui paparan di bawah.
![]() ASUS ZenFone 3 (ZE552KL) |
![]() ASUS ZenFone 3 Deluxe (ZS570KL) |
![]() ASUS ZenFone 3 Ultra (ZU680KL) |
|||
Skrin | |||||
Teknologi | |||||
Resolusi | |||||
Ketumpatan Piksel | |||||
Perlindungan Skrin |
Gorilla Glass 3 |
Gorilla Glass 4 |
Gorilla Glass 4 |
||
Chipset | MSM8953 Snapdragon 625 |
MSM8996 Snapdragon 820 |
MSM8976 Snapdragon 650 |
||
CPU | 4x 1.4 GHz Cortex-A53 |
2x 1.6GHz Kyro |
4x 1.4 GHz Cortex-A53 |
||
GPU | |||||
Memori | LPDDR3 |
LPDDR4 |
LPDDR3 |
||
Storan | Teknologi storan pantas UFS 2.0 |
||||
Sokongan MicroSD |
(Pada slot SIM 2) |
(Pada slot SIM 2) |
(Pada slot SIM 2) |
||
Bluetooth | A2DP, EDR, LE |
A2DP, EDR, LE |
A2DP, EDR, LE |
||
WiFi | 2.4/5GHz dwi-band |
2.4/5GHz dwi-band |
2.4/5GHz dwi-band |
||
GPS | A-GPS GLONASS BEIDOU |
A-GPS GLONASS BEIDOU |
A-GPS GLONASS BEIDOU |
||
NFC | |||||
LTE | |||||
USB | |||||
Pengimbas Cap Jari |
5-penyimpanan cap jari Pengesanan 360-darjah |
5-penyimpanan cap jari Pengesanan 360-darjah |
5-penyimpanan cap jari Pengesanan 360-darjah |
||
Sistem | |||||
Kamera Belakang | ASUS PixelMaster 3.0 Sony IMX298 0.03 s TriTech autofokus (PDAF, laser & AF pengesan kontras) OIS (4-paksi) EIS (3-paksi) Dwi-tona LED Flash |
ASUS PixelMaster 3.0 Sony IMX318 0.03 s TriTech autofokus (PDAF, laser & AF pengesan kontras) OIS (4-paksi) EIS (3-paksi) Dwi-tona LED Flash |
ASUS PixelMaster 3.0 Sony IMX318 0.03 s TriTech autofokus (PDAF, laser & AF pengesan kontras) OIS (4-paksi) EIS (3-paksi) Dwi-tona LED Flash |
||
Kamera Hadapan | Lensa sudut-lebar 85-darjah |
Lensa sudut-lebar 85-darjah |
Lensa sudut-lebar 85-darjah |
||
Kapasiti | Li-Ion |
Li-Ion |
Li-Ion |
||
Sokongan Penukaran |
|||||
Pengecasan Pantas | QuickCharge 3.0 |
QuickCharge 3.0 |
|||
Berat | |||||
Dimensi | |||||
SIM | Hibrid Micro-SIM (SIM 1) Nano-SIM/microSD (SIM 2) |
Hibrid Micro-SIM (SIM 1) Nano-SIM/microSD (SIM 2) |
Hibrid Micro-SIM (SIM 1) Nano-SIM/microSD (SIM 2) |
||
Harga | $249 USD (~RM1024) (3GB RAM/32GB) |
$499 USD (~RM2054) (6GB RAM/64GB) |
$479 USD (~RM1972) (4GB RAM/64GB) |
||
Pilihan Warna |
Aqua Blue Sapphire Black Moonlight White |
Glacier Silver Sand Gold |
Glacier Silver Rose Pink |
||
Tarikh Jualan |
Ogos 2016 |
Ogos 2016 |
Ogos 2016 |