Oppo Memperkenalkan Oppo F1 Plus Edisi Barcelona FC Yang Berwarna Biru

Oppo Memperkenalkan Oppo F1 Plus Edisi Barcelona FC Yang Berwarna Biru

Diterbitkan pada Mei 31, 2016 oleh .

Oppo merupakan salah satu rakan kerjasama untuk pasukan bola sepak Barcelona FC. Sebelum ini mereka telah hadir dengan telefon pintar khusus edisi Barcelona FC, dan kini ia diteruskan melalui Oppo F1 Plus yang hadir dengan versi eksklusif khusus.

Oppo F1 Plus Barcelona

Untuk makluman, ia masih mengekalkan penawaran yang lebih kurang sama tetapi membawakan perubahan dari segi rekaan kerangka dan menawarkan kandungan khusus bertemakan dengan Barcelona FC.

Oppo F1 Plus hadir dengan skrin bersaizz 5.5-inci, cip MediaTek Helio P10 2.0Ghz, memori 4GB RAM, ruangan storan 64GB, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 16-megapixel.

Oppo F1 Plus Barcelona

Melalui rekaan Barcelona ini, ia menawarkan kerangka belakang berwarna biru dan hadir dengan logo pasukan bola sepak Barcelona. Disamping itu, ia turut menyertakan tema pasukan bola sepak berkenaan.

Oppo dijangka memasarkan peranti ini dibeberapa buah negara bermula bulan Mei ini. Bagi anda yang meminati pasukan Barcelona, adakah anda akan mendapatkannya?


TIPS & ULASAN