Dell sebelum ini telah menawarkan beberapa komputer dua-dalam-satu. Hari ini, bersempena dengan Computex 2016, mereka turut memperkenalkan Dell Inspiron 7000 dengan pilihan saiz skrin sehingga 17-inci – sekaligus menjadikan ia sebagai komputer riba dua-dalam-satu pertama dalam dunia pada saiz skrin 17-inci.
Dell Inspiron 17 7000 hadir dengan rekaan engsel yang membolehkan skrin diputarkan sehingga 360-darjah – menawarkan penggunaan dalam empat kaedah berbeza, termasuk sebagai komputer riba, tablet mahupun untuk menikmati multimedia seperti video.
Melengkapkan komputer riba dua-dalam-satu ini juga adalah cip pemprosesan Intel Core generasi ke-6. Ia turut hadir dengan sokongan USB Type-C dan pengguna boleh memperluaskan penggunaan kepada HDMI dan VGA melalui penggunaan adapter khusus daripada Dell.
Beberapa aksesori lain turut ditawarkan, termasuk Dell Power Companion yang menawarkan masa tambahan sehingga 5 jam untuk Dell Inspiron 17 7000.
Disamping versi 17-inci, pihak Dell turut menawarkan komputer keluarga sama dalam variasi 13-inci dan juga 15-inci.