Cip Pemprosesan Intel Core Generasi Ke-7 Akan Hadir Sebelum Penghujung 2016

Cip Pemprosesan Intel Core Generasi Ke-7 Akan Hadir Sebelum Penghujung 2016

Diterbitkan pada Mei 31, 2016 oleh .

Intel hari ini telah mencuri perhatian ramai dengan memperkenalkan Intel Core i7 Extreme Edition dengan 10-teras, dan pada masa yang sama turut berkongsi mengenai cip pemprosesan mereka yang bakal hadir tidak lama lagi.

Menggunakan nama kod “Kaby Lake”, cip pemprosesan Intel Core generasi ke-7 ini akan memasuki fasa pengeluaran dalam beberapa bulan, dan dipasarkan bermula penghujung tahun 2016 ini.

Cip pemprosesan ini kelak akan kekal menggunakan rekaan 14nm untuk binaan, dan pada masa yang sama menawarkan kuasa pemprosesan yang lebih berkuasa dan kita juga boleh menjangkakan prestasi yang lebih dioptimasikan. Sebelum ini, Asus turut telah memperkenalkan produk mereka akan datang yang bakal dilengkapi dengan cip pemprosesan ini, iaitu Asus Transformer 3.

Disamping Kaby Lake, pihak Intel turut berkongsi secara ringkas mengenai cip pemprosesan Apollo Lake yang akan dipasarkan dalam beberapa bulan melalui pelbagai produk. Apollo Lake merupakan nama kod untuk cip pemprosesan jenama Celeron dan Pentium akan datang – menawarkan sokongan 4K dan juga USB Type-C melaluinya, sekaligus membolehkan peranti dengan harga rendah menikmati pelbagai ciri-ciri terkini melaluinya.


TIPS & ULASAN