Cari @ Amanz

Apple pada hari ini membuat perubahan besar pada telefon pintar mereka dari segi rekaan dan fungsi utama setiap dua tahun sekali. Terkini, mengikut desas-desus baru, Apple dikatakan mungkin mengubahnya menjadi kepada tiga tahun sekali.

iPhone

Laporan ini hadir daripada Nikkei, mengatakan Apple mungkin memilih langkah berkenaan disebabkan dua sebab utama – satu adalah disebabkan oleh fungsi pada telefon pintar yang kini lebih kepada naik-taraf kecil sahaja berbanding dulu. Selain itu, Apple juga dikatakan mungkin memilih langkah ini kerana perkembangan pasaran yang semakin perlahan berbanding sebelum ini.

Laporan baru ini juga selari dengan beberapa laporan sebelum ini mengatakan iPhone 7 mungkin membawakan rekaan yang menyerupai iPhone 6 – sekaligus menjadikan Apple telah menggunakan rekaan sama pada tiga generasi peranti.

Seperti biasa, buat masa ini, ia sekadar ura-ura sahaja, dan segalanya akan terjawab apabila Apple memperkenalkan telefon pintar baru mereka dalam beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd