Cari @ Amanz

Melipat baju selepas cuci dan keringkannya adalah salah satu tugasan yang tidak diminati ramai. Malah, arena ini dilihat tidak begitu mendapat perhatian ramai pembangun dalam menggunakan teknologi untuk memudahkannya. Kini, beberapa syarikat melihat ke arahnya, termasuk salah satunya adalah Foldimate.

Foldimate hadir dengan sebuah mesin robotik yang boleh melipat baju secara automatik selepas ia selesai dibasuh. Foldimate menjayakan ia melalui penggunaan sebuah mesin khusus yang hadir dengan beberapa bahagian untuk melipat pakaian dan turut menggunakan stim untuk menghilangkan kedutan.

Walaubagaimanapun, prosesnya masih boleh dikatakan masih sedikit mengambil-masa, dimana pengguna perlu mengantung baju pada Foldimate secara manual. Pada sesuatu masa, hanya 12 helaian baju boleh digantung dan ia mengambil masa sekitar 10 saat untuk selesai melipat satu baju. Pakaian yang dimasukkan juga adalah terhad kepada beberapa jenis utama sahaja dan tidak semua disokong.

Foldimate dibangunkan oleh beberapa jurutera dari Israel, dan selain daripada mereka terdapat beberapa syarikat lain turut melihat kepada arena memudahkan pengguna melipat pakaian, termasuk salah satunya daripada Jepun. Dengan perkembangan arena robotik, tidak mustahil kita turut melihat teknologi yang lebih kurang sama dibangunkan pengeluar lain dan menjadikan kosnya lebih rendah.

Foldimate dijangka akan dipasarkan dalam beberapa tahun lagi, dan ia dijangka berharga sekitar $850 [~sekitar RM3500].

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd