Spesifikasi Samsung Gear Fit 2 Tertiris

Spesifikasi Samsung Gear Fit 2 Tertiris

Diterbitkan pada June 1, 2016 oleh .

Rekaan Samsung Gear Fit 2 sudah tertiris sejak bulan. Kini spesifikasi peranti pengesan kesihatan ini pula tertiris lebih awal dari sepatutnya. Ia dilengkapi skrin melengkung 1.55″ SAMOLED dengan resolusi 216 x 432 pixel, diperkasakan pemproses 1 GHz dua teras, RAM sebesar 512 MB dan storan sebesar 2 Gigabyte. Dari segi bateri pula ia sebesar 200 mAh.

Gear-Fit-2 var 1Gear Fit 2 turut mempunyai tahap ketahanan IP68 dan menggunakan sistem operasi Tizen. Terdapat fungsi GPS, giroskop, barometer, accelerometer dan pengesan nadi terbina.S pesifikasinya tidak banyak berbeza dengan Gear S2 yang muncul tahun lalu. Perbezaan hanyalah dari segi rekaan skrin, sistem bezel berputar dan bateri yang lebih besar pada Gear S2.  Samsung dijangka akan melancarkan peranti boleh pakai ini bulan ini.


TIPS & ULASAN