Digital Storm Aura – AIO 34″ Dengan Pemproses i7 Extreme Edition Dan GeForce GTX 1080
Artikel Berkaitan

Digital Storm Aura – AIO 34″ Dengan Pemproses i7 Extreme Edition Dan GeForce GTX 1080

Diterbitkan pada June 1, 2016 oleh .

AIO bukanlah jenis komputer desktop yang menjadi pilihan seorang “gamer”. Rekaannya yang kompak biasanya membuatkan hanya komponen kelas pertengahan digunakan. Majoriti AIO yang kami pernah ulas hanya mampu memainkan permainan pada tetapan pertengahan. Bagi seorang penggila permainan PC ini pastinya tidak akan memuaskan kehendak mereka untuk FPS lebih tinggi pada resolusi 4K. Digital Storm Aura ialah AIO yang direka khas untuk golongan ini dengan spesifikasi yang amat melampau.

Digital-Storm-Aura-1 Ia dilengkapi skrin melengkung 34″ dengan resolusi 3440 x 1440 pixel, diperkasakan pemproses Intel i7-6950X Extreme Edition (yang baru dilancarkan semalam), menggunakan kad grafik Nvidia GeForce GTX 1080, RAM 32 Gigabyte dan storan SSD 512 Gigabyte. Sistem penyejukan cecair digunakan bagi memastikan AIO ini dapat menyerap haba yang dihasilkan dari komponen berkemampuan tinggi ini. Digital Storm Aura dijual pada harga $4998 (~RM 21000) sebuah. Harga tidak termasuk papan kekunci dan tetikus.

Digital-Storm-Aura-2

 


TIPS & ULASAN