OnePlus 3 Sah Mempunyai Versi Dengan RAM 6 Gigabyte

OnePlus 3 Sah Mempunyai Versi Dengan RAM 6 Gigabyte

Diterbitkan pada June 1, 2016 oleh .

Pembunuh peranti utama OnePlus 3 akan hadir dalam masa beberapa minggu sahaja lagi. Rekaannya sudah tertiris dan begitu juga dengan spesifikasi. Hari ini maklumat terkini dari laman TENAA mengesahkan ia bakal hadir dengan versi RAM sebesar 6 Gigabyte. Versi ini dipadankan dengan storan dalaman sebesar 64 Gigabyte.

OnePluss-3-leak-1Jadi setakat ini apa kami ketahui ialah OnePlus 3 mempunyai skrin 5.5″ HD penuh, pemproses Snapdragon 820, RAM 4/6 Gigabyte dan storan dalaman 32/64 Gigabyte. Kamera utama ialah 16 Megapixel kali ini tanpa sokongan pemfokusan laser. Kamera hadapan pula sebesar 5 Megapixel. Bateri 3000 mAh disertakan sebagai sumber kuasa dan ia bakal menggunakan Android 6.0.1. Dari segi harga ia akan bermula dari $310 (~RM 1300) sebuah. Jika kesemua ini adalah benar, ia menjadikan OnePlus 3 antara peranti berkemampuan tinggi dengan harga yang amat kompetitif. Apa pula pendapat anda? Adakah ini peranti yang menarik untuk dimiliki?


TIPS & ULASAN