Instagram Melancarkan Profil Khas Untuk Perniagaan

Instagram Melancarkan Profil Khas Untuk Perniagaan

Diterbitkan pada June 1, 2016 oleh .

Instashop tumbuh bagai cendawan sejak kebelakangan ini kerana rakyat menyahut cabaran kerajaan untuk mempunyai #2Kerja. Perniagaan mudah dijalankan melalui Instagram kerana ia antara aplikasi yang paling popular digunakan. Ianya juga percuma dan sekaligus mengurangkan kos operasi pemilik perniagaan. Instagram menyedari mereka kini menjadi platform perniagaan yang popular dan oleh itu profil khas untuk perniagaan kini dilancarkan secara rasmi.

instagram-Perniagaan-2Profil ini telah dicuba secara kecil-kecilan sejak beberapa bulan yang lalu. Pemilik akaun perniagaan kini mempunyai kemampuan menambah butang contact yang membolehkan pelanggan menghantar emel, menghantar SMS ataupun melakukan panggilan telefon terus dari aplikasi Instagram. Pada waktu yang sama maklumat lengkap perniagaan seperti alamat dan waktu operasi boleh ditambah.

Terdapat juga sistem Insight yang membolehkan pemilik menganalisa apakah barangan yang mendapat sambutan paling hangat dari pelanggan. Setiap gambar produk yang dimuat naik boleh dilihat dianalisa jumlah pengguna yang melihat dan like yang diterima. Pada waktu yang sama mereka boleh mengiklankan perniagaan mereka kepada pengguna secara terus menggunakan aplikasi mobil. Hanya pilih gambar mana yang ingin dipromosikan dan tempoh pengiklanan.

Profil ini akan diaktifkan secara berperingkat mulai hari ini di Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand. Mereka akan mengaktifkannya kepada semua pemilik perniagaan seluruh dunia menjelang akhir tahun ini. Dengan profil perniagaan anda tidak lagi terhad kepada “PM untuk harga” apabila berinteraksi dengan peniaga. Kini anda boleh “PM, telefon dan SMS untuk harga”.


TIPS & ULASAN