Xiaomi Akan Menyertakan Aplikasi Daripada Microsoft Secara Terbina

Xiaomi Akan Menyertakan Aplikasi Daripada Microsoft Secara Terbina

Diterbitkan pada June 1, 2016 oleh .

Microsoft seperti sudah bersedia untuk mengibarkan bendera putih di dalam arena sistem operasi peranti mudah alih. Tiada peranti baru Windows 10 Mobile akan diperkenalkan tahun ini sementara menanti pelancaran Surface Phone. Tetapi strategi mereka pada peranti pintar platform lain tidak menunjukkan sebarang perubahan. Terkini Xiaomi pula akan menyertakan aplikasi daripada Microsoft secara terbina. Aplikasi Microsoft Office, OneDrive dan Skype ialah aplikasi yang akan terbina pada peranti seperti Mi 5 dan Mi Max.

Xiaomi Mi4 Windows 10Pengumuman ini dilakukan selepas Xiaomi bersetuju membeli 1500 paten milik Microsoft untuk digunakan pada peranti keluaran mereka. Ini juga boleh dilihat sebagai persediaan mereka untuk menjual peranti pada pasaran global. Buat masa ini majoriti peranti mereka hanya boleh dimiliki oleh pengguna di benua Asia. Dengan ini Xiaomi menyertai Samsung, LG dan Sony yang turut menyertakan aplikasi Microsoft secara terbina. Kami berharap akan terdapat pilihan untuk menyahpasang aplikasi-aplikasi ini kepada mereka yang tidak memerlukannya.


TIPS & ULASAN