Cari @ Amanz

Sebab utama mengapa kami mengibarkan bendera putih di dalam arena permainan PC ialah harga komponen yang menyebabkan dompet berdarah. Ketika zaman bujang dan tiada hala tuju hidup dahulu, membeli komponen komputer terkini ialah hobi kami. Tetapi kini sejak menjadi seorang suami dan bapa terampil, hobi mewah ini tidak lagi mampu kami lakukan. Tetapi sejak kebelakangan ini pengeluar kad grafik melakukan perang harga pada produk keluaran mereka. Nvidia GeForce 1080 dan 1070 yang baru dilancarkan bulan lalu mempunyai kemampuan amat tinggi tetapi dijual pada harga agak mampu milik. AMD tidak mahu ketinggalan dan melancarkan Radeon RX 480 hari ini.

AMD-Radeon-RX-480-sisiKad grafik ini ialah yang pertama cip pemproses Polaris yang dihasilkan menggunakan proses 14 nm FinFET. Ia ialah kad grafik sedia realiti maya yang sesuai digunakan oleh pemilik HTC Vive dan Oculus Rift. Menurut AMD kad grafik $199 (~RM 830) ini mempunyai kemampuan memproses setanding dengan kad grafik $500 dari generasi sebelum ini. Ini meletakkannya sebagai pesaing Radeon R9 390X dan GeForce GTX 980. Kad ini jelas mensasarkan golongan pengguna yang tidak mahu berbelanja lebih untuk PC mereka tetapi masih mahu menikmati kualiti grafik yang tinggi.

Radeon RX 480 1Sepasang Radeon RX 480 di dalam konfigurasi CrossFire didakwa lebih berkuasa berbanding sebuah GeForce 1080 dengan kos pembelian lebih rendah dan GPU tidak di bawah bebanan tinggi. Strategi AMD ialah membuatkan VR lebih mampu milik kepada semua dan bukannya mensasarkan golongan yang berkemampuan. AMD Raden RX 480 akan mula dijual 29 Jun hadapan.

Radeon RX 480 2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd