AMD Memperkenalkan Cip Pemprosesan Generasi Ketujuh Mereka

AMD Memperkenalkan Cip Pemprosesan Generasi Ketujuh Mereka

Diterbitkan pada June 1, 2016 oleh .

Pada Computex 2016, bukan Intel sahaja yang memperkenalkan cip pemprosesan baru, malah pesaing terdekat mereka AMD turut sama tidak ketinggalan dan telah memperkenalkan cip pemprosesan generasi ketujuh mereka yang lebih pantas dan menjimatkan bateri.

Seperti ramai sedia maklum, cip pemprosesan AMD APU membawakan gabungan CPU dan GPU dalam satu – sekaligus menjadikan kuasa pemprosesan dan grafik mereka lebih baik.

AMD Gen 7

Menurut AMD, cip generasi ketujuh mereka ini lebih 56% pantas berbanding dengan cip dua tahun lepas mereka, dan turut mengatakan lebih laju berbanding cip daripada Intel.

Seperti biasa, pihak AMD membahagikan ia kepada beberapa keluarga, termasuk FX, dan A12 untuk pemprosesan berkuasa – sementara A9, A6 dan E2 untuk keluarga peranti berspesifikasi pertengahan dan rendah.

Dari segi penggunaan kuasa, AMD mengatakan ia menggunakan tenaga hanya satu pertiga berbanding sebelumnya tetapi pasa masa menawarkan prestasi yang baik.

Peranti-peranti yang menggunakan cip pemprosesan ini dijangka akan dipasarkan melalui beberapa produk yang akan hadir ke pasaran dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN