Microsoft Membuka Platform Windows Holographic Kepada Pengeluar Peranti Realiti-Maya

Microsoft Membuka Platform Windows Holographic Kepada Pengeluar Peranti Realiti-Maya

Diterbitkan pada June 1, 2016 oleh .

Microsoft sebelum ini telah beberapa kali memperlihatkan produk Hololens mereka, dan terkini sempena dengan Computex 2016, pihak Microsoft mengumumkan platform Windows Holographic untuk digunakan oleh pengeluar peranti lain.

Ini sekaligus membolehkan pengeluar peranti seluruh dunia menggunakan platform dari Microsoft yang dipanggil mereka sebagai Mixed Reality kepada pengeluar lain.

Microsoft melalui pengumuman mereka mengatakan antara rakan kerjasama mereka adalah termasuk Intel, AMD, Qualcomm, HTC, Acer, ASUS, CyberPowerPC, Dell, Falcon Northwest, HP, iBuyPower, Lenovo, MSI dan ramai pengeluar lain lagi.

Mungkin menyedari terlambat dalam arena peranti mudah-alih sebelum ini, kini pihak Microsoft tidak ingin ketinggalan sama dalam arena realiti-maya dan membukanya untuk ramai pengeluar dan menarik pembangun menggunakannya terlebih dahulu.


TIPS & ULASAN