Carian
OnePlus 3 Dijadualkan Untuk Diperkenalkan Pada 15 Jun 2016
June 1, 2016 Aman

OnePlus merupakan salah satu jenama yang agak popular dikalangan peminat gajet, dan terkini pada tahun ini mereka menjadualkan untuk memperkenalkan OnePlus 3 pada 15 Jun 2016 kelak. Seperti sebelum ini, ia akan dilancarkan melalui acara yang akan ditayangkan melalui paparan realiti-maya.

Mengikut info tertiris sebelum ini, OnePlus 3 dikatakan akan menyertakan skrin 5.5-inci dengan paparan HD penuh, cip pemprosesan Snapdragon 820, memori sehingga 6GB RAM dan ruangan storan sehingga 64GB. Untuk rakaman gambar, ia dijangka menyertakan kamera 16-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.

OnePlus turut mengatakan mereka akan menjual OnePlus 3 tanpa sistem jemputan seperti sebelum-sebelum ini – sebaliknya akan mula menjual ia selepas ia dilancarkan seperti beberapa jenama lain.

Komen