Microsoft Memperlihatkan Rekaan Peranti 2-Dalam-1 Porsche Design

Microsoft Memperlihatkan Rekaan Peranti 2-Dalam-1 Porsche Design

Diterbitkan pada June 1, 2016 oleh .

Sebelum ini, mungkin ramai yang sedia mengenali produk-produk dibawah Porsche Design – terutamanya BlackBerry, yang mana menawarkan rekaan yang premium dan menarik berbanding beberapa peranti lain. Kini, bersempena Computex, pihak Microsoft turut memperlihatkan secara ringkas komputer hibrid dua-dalam-satu Porshce Design.

Porsche Design 2-in-1

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi pengeluar manakah yang akan mengeluarkan komputer hibrid dengan rekaan ini, dan spesifikasinya juga menjadi tanda tanya. Daripada apa yang diperlihatkan, ia akan membawakan skin 13.3-inci, dan hadir dengan rekaan engsel yang membolehkan peranti berkenaan diputarkan 360-darjah untuk digunakan dalam pelbagai mod berbeza.

Komputer dua-dalam-satu ini juga dijangka akan menyokong Windows Hello 2.0, serta menyertakan Windows 10 Anniversary Update.


TIPS & ULASAN