Apple Menjadualkan Acara Media Bersempena WWDC Pada 14 Jun 2016

Apple Menjadualkan Acara Media Bersempena WWDC Pada 14 Jun 2016

Diterbitkan pada June 2, 2016 oleh .

Apple melalui Siri sebelum ini telah mendedahkan acara WWDC mereka akan diadakan bermula 14 Jun 2016 ini, dan terkini mereka telah mula menghantar jemputan kepada media antarabangsa untuk sebuah acara media khusus yang dijadualkan bersempena dengannya.

Pada WWDC, pihak Apple sering memperkenalkan pelbagai kemaskini untuk perisian mereka. Mengikut desas-desus sebelum ini, Apple dikatakan akan memperkenalkan nama baru untuk OS X – iaitu sebagai macOS, menjadikan ia selari dengan produk perisian Apple yang lain.

Tim Cook

Disamping itu, Apple juga dijangka memperkenalkan sokongan Siri pada Mac, dan mungkin turut memperkenalkan kemaskini besar untuk Apple Music.

Seperti biasa, Apple bakal menyiarkan ia secara langsung melalui web, dan kami di Amanz juga akan menawarkan kemaskini semasa berkaitan dengan acara berkenaan.


TIPS & ULASAN