Carian
Asus Tidak Akan Menyertakan Adblock Plus Pada Peranti Mereka
June 2, 2016 Aman

Pada penghujung tahun lepas, Adblock Plus telah mengumumkan Asus sebagai rakan kerjasama mereka bagi menyertakan sokongan penghalang iklan pada pelayar web Asus. Namun, kini selepas beberapa bulan, ia didapati kerjasama berkenaan tidak diteruskan – dan peranti Zenfone 3 baru hadir tanpa penyertaannya.

Asus Zenfone 3 Deluxe

Pada awalnya, kerjasama ini membolehkan pengguna menikmati pelayaran web tanpa gangguan iklan apabila pengguna menggunakan pelayar web Asus. Namun, disebabkan oleh maklumbalas ramai pengguna yang inginkan Asus mengurangkan bloatware, Asus telah membuang pelayar web mereka dan memfokuskan kepada penawaran Google Chrome sahaja pada Zenfone 3 baru.

Ia dikatakan Asus tidak inginkan syarikat mereka usahasama dengan Adblock Plus kerana terlibat dengan pelbagai masalah perundangan – dan pada masa yang sama Asus dikatakan terkejut apabila pihak Adblock Plus mengumumkan kerjasama berkenaan tanpa kata putus daripada Asus.

Penggunaan Adblock Plus telah menjadi semakin popular akhir-akhir ini, dimana pengguna boleh menghalang paparan iklan ketika melayari web, sekaligus menjadikan pelayaran sedikit pantas berbanding kebiasaan. Penawaran perkhidmatan mereka juga tidak begitu diminati pelbagai penerbit kandungan dan telah menyaman Adblock Plus.

Komen