Cari @ Amanz

Xiaomi hari ini melalui laman rasmi mereka telah pun menyenaraikan Mi Band 2, sekaligus memperlihatkan pelbagai ciri-ciri baru yang akan dibawakan oleh gelang tangan generasi baru mereka tersebut.

Xiaomi Mi Band 2

Pada Mi Band 2, kini ia menyertakan sebuah skrin paparan bersaiz 0.42-inci bagi membolehkan pengguna melihat beberapa perkara, termasuk waktu semasa, langkah perjalanan yang telah dilakukan dan turut melihat notifikasi dari telefon pintar. Ia berhubung dengan peranti secara Bluetooth, dan pengguna turut boleh menggunakan Mi Band 2 untuk nyah-kunci akses peranti mereka.

Xiaomi Mi Band 2

Melalui apa yang disenaraikan oleh Xiaomi, peranti dengan skrin OLED ini dikatakan akan menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 20 hari dengan sekali pengecasan. Ia turut hadir dengan sensor untuk memantau denyutan jantung seperti generasi sebelumnya.

Xiaomi Mi Band 2 ini disenaraikan pada harga RMB149 (sekitar ~RM95) yang mana boleh dikatakan agak murah berbanding pelbagai pesaing yang lain. Ia akan mula dijual di China bermula 7 Jun 2016 ini.

Xiaomi Mi Band 2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd