Carian
Sony Akan Memperkenalkan Siri Telefon Pintar Xperia X Di Malaysia Pada Minggu Hadapan
June 2, 2016 Aman

Sony pada acara Mobile World Congress yang lepas telah memperkenalkan tiga telefon pintar baru di bawah keluarga Xperia, iaitu Xperia X, Xperia XA dan juga Xperia X Performance. Kini, melalui jemputan media yang telah mula dihantar oleh pihak Sony, ia dilihat mereka akan melancarkan secara rasmi di pasaran tempatan pada minggu hadapan.

Pihak Sony melalui jemputan media, mengatakan mereka akan memperkenalkan Xperia X, Xperia XA dan satu lagi peranti misteri. Berkemungkinan kita akan melihat pelancaran Xperia XA Ultra dilakukan pada hari sama – memandangkan pihak Sony melalui laman rasmi mereka telah menyenaraikan peranti berkenaan berbanding dengan Xperia X Performance.

Sony Xperia X

Sony Xperia X membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh, memori 3GB RAM, cip Snapdragon 650, kamera belakang 23-megapixel dan kamera hadapan 13-megapixel.

Xperia XA

Sony Xperia XA pula menawarkan skrin bersaiz 5-inci, cip MediaTek MT6755, memori 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel.

Kedua-duanya menawarkan rekaan ikonik Omnibalance, disamping hadir dengan Android 6.0 Marshmallow dan Qnovo Adaptive Charging.

Harga kedua-duanya dijangka diumumkan pada minggu hadapan, dan sama-sama kita nantikan apakah peranti misteri ketiga yang bakal diumumkan oleh Sony Malaysia.

Komen